Selasa, 25 Januari 2011

Bukit Panorama



Mengejar matahari terbit. Itulah akitiviti aku pada hujung minggu yang lepas, mendaki Bukit Panorama demi beberapa keping gambar matahari terbit. Aku pergi bersama beberapa orang sahabat(Faiz, Adam, Husni dan lain-lain). Bertolak pada pukul 5.30 dan sampai pada pukul 6.15 pagi di Sg. Lembing. Ia sangat dekat dengan Bukit Panorama. Pendakian menggunakan tangga untuk naik ke atas selama 30 minit tanpa henti. Memang semput bagi orang seperti aku yang jarang beriadah dan melakukan aktiviti lasak. Pemandangan di atas memang cantik dengan kabus tebal yang menyelimuti pemandangan serta sinar matahari pagi yang kekuningan. Tak hairanlah kalau tempat ini selalu dikunjungi oleh fotografer.


2 ulasan :