Ahad, 24 Oktober 2010

Stress













p/s: untuk lihat gambar yang lebih besar, sila klik pada gambar.



Stress adalah tindak balas emosi, fizikal dan mental disebabkan perubahan keadaan sekililing.
Yeaahhh!! keadaan tugasan yang banyak terutamanya pelajar universiti adalah satu stress.
Memang aku tengah stress pun.
Adakah anda stress?
Tengok muka dah tahu.
Anda stress.
Hahaha..
Jangan verangan pura-pura tak stress sedangkan anda stress.
Hahaha..
Tapi..
Jangan bimbang..
Stress boleh diatasi.
Macam mana?
Macam tu lah.
Macam mana?
Macam tu lah.
Macam mana?
Macam lembu.
Hahaha.
Senang saja nak mengatasi stress.
Lupakan kerja dan tugasan yang banyak.
Dan..
Anda buat apa yang anda minat.
Buat selama 1 jam.
Walaupun 1 jam.
Ia sangat bermakna.



Sekian.







Ahad, 17 Oktober 2010

Gian




Dah lame tak keluar amik gambar. 
Gian la pulak. 
Aigoo!! 
Kerja berlambak-lambak la sekarang nie. 
Nanti kalau ade waktu lapang boleh nak keluar lah. Ade yang nak ikot??

Rabu, 13 Oktober 2010

Suatu Petang



Pada suatu petang, tak tahu macam mana tergerak hati aku & kawan-kawan aku untuk pergi ke kawasan tasik di belakang hostel. Menarik juga tempat tu. Bukannya apa, tempat tu sunyi. Memang damai. Semua urusan sebagai seorang pelajar dapat lupa buat semantara waktu. Ok la tu. Walaupun sementara, tapi sangat bermakna bagi aku yang jenis kurang bersukan waktu petang. Sekali sekala dapat keluar pun memang dah cukup seronok. Tasik tu ada banyak ikan. Ikan apa???ikan la. Sejenis hiduapn air. Kawan aku ada bawak joran. Menancing sekejap.Sekejap??Ok la tu. Tapi tak dapat ikan pun. Tidak mengapa. Just for fun.





Tapi paling seronok bagi aku, dapat tengok sejenis tumbuhan liar yang bernama Periuk Kera. Kera pun ada periuk?pandai juga kera memasak. Tapi memang betul, pertama kali aku tangok secara langsung depan mata. Selama ni aku tengok dalam buku sains sekolah saje. Yeahhh!!! Aku memang enjoy petang tu.























Sekian.



p/s: untuk melihat gambar yang besar dan jelas, sila klik pada gambar.



Ahad, 10 Oktober 2010

Konvokesyen ke-5 Universiti Malaysia Pahang








Konvokesyen ke-5 Universiti Malaysia Pahang telah diadakan pada 9/10/2010.


Mari kita lihat suasana konvo di UMP.


























































































Sekian.

Ahad, 3 Oktober 2010

Cherating 2010




Perjalanan ke Cherating bermula dari UMP pada pkul 5.15 petang. Akitiviti ini disertai seramai 13 orang. Kami menaiki kerata ke sana. Sebelum sampai disana, kami singgah ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan seperti arang, air dan lain-lain. Selepas selesai membeli barang-barang keperluan, kami terus menuju ke destinasi asal iaitu Cherating. Kami sampai disana kira-kira pukul 7.30 malam.





Aktiviti pada waktu malam ialah BBQ(babi Q). Kami semua bertungkus lumus dan bekerjasama untuk menyalakan api. Agak susuah juga. Tetapi, dengan usaha gigih dan tekad yang tinggi kami berjaya menyalakan api. Oleh itu, tibalah masa untuk membakar ayam dan hotdog(anjing panas). Kesimpulan untuk akitivi malam tersebut adalah, kami kekenyangan.





Pada keesokkan harinya(pagi), niat dihati untuk mengambil gambar semasa matahari terbit. Jarang orang ambil gambar matahari terbit. Selalu orang ambil gambar matahari terbenam. Tetapi niat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terlewat bangun pagi. Maklumlah, penat dan kenyang malam tadi. Tetapi tidak mengapa, aktiviti pagi tersebut tetap diteruskan. Aktiviti bebas yang menyihatkan badan. Selepas itu, kami pun berkemas untuk pergi ke Kemaman untuk makan tengahari dan terus pulang ke UMP.