Ahad, 3 Oktober 2010

Cherating 2010




Perjalanan ke Cherating bermula dari UMP pada pkul 5.15 petang. Akitiviti ini disertai seramai 13 orang. Kami menaiki kerata ke sana. Sebelum sampai disana, kami singgah ke kedai untuk membeli barang-barang keperluan seperti arang, air dan lain-lain. Selepas selesai membeli barang-barang keperluan, kami terus menuju ke destinasi asal iaitu Cherating. Kami sampai disana kira-kira pukul 7.30 malam.





Aktiviti pada waktu malam ialah BBQ(babi Q). Kami semua bertungkus lumus dan bekerjasama untuk menyalakan api. Agak susuah juga. Tetapi, dengan usaha gigih dan tekad yang tinggi kami berjaya menyalakan api. Oleh itu, tibalah masa untuk membakar ayam dan hotdog(anjing panas). Kesimpulan untuk akitivi malam tersebut adalah, kami kekenyangan.





Pada keesokkan harinya(pagi), niat dihati untuk mengambil gambar semasa matahari terbit. Jarang orang ambil gambar matahari terbit. Selalu orang ambil gambar matahari terbenam. Tetapi niat tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana terlewat bangun pagi. Maklumlah, penat dan kenyang malam tadi. Tetapi tidak mengapa, aktiviti pagi tersebut tetap diteruskan. Aktiviti bebas yang menyihatkan badan. Selepas itu, kami pun berkemas untuk pergi ke Kemaman untuk makan tengahari dan terus pulang ke UMP.














Tiada ulasan :

Catat Ulasan